Thursday, June 9, 2016

TIPS BERCUTI DI KOREA PADA MUSIM SEJUK

Assalamualaikum, pembaca AddeeniTravel !





Okay untuk hari ini kami ingin kongsikan  tips tentang musim sejuk dan persediaan yang perlu dilakukan sekiranya ingin bercuti ke Korea pada musim Sejuk !!

Untuk para pembaca yang berhajat untuk ke Korea pada musim sejuk, di sini kami akan gariskan perkara terperinci mengenai persediaan ketika bercuti di musim sejuk seperti pakaian yang sesuai, suhu dan cuaca, tempoh waktu, tempoh cuti, makanan dan sebagainya lagi.

Tip-tip yang diberikan berdasarkan pengalaman kami dan juga perkongsian bersama rakan-rakan tour guide kami.

1. Bilakah musim sejuk [winter] di Korea ?

Secara rasminya mengikut tarikh di Korea dan Negara di Asia Tengah (China, Korea, Jepun) musim sejuk atau winter bermula pertengahan November dan dijangka akan berakhir pada awal bulan Mac pada tahun berikutnya yang diikuti dengan musim bunga (Cherry Blossom) iaitu pada penghujung Mac.

2. Dijangkakan waktu siang di Korea pendek ketika musim sejuk, betulkan ?

YES, waktu siang bagi negara di Korea adalah sekitar 8-10 jam sahaja sehari ketika musim sejuk. Matahari terbit sekitar 7.00- 7.30am dan akan terbenam sekitar jam 4.30 ptg – 5.30 ptg.

3. Bagaimana pula dengan suhu ? *soalan ini terlalu lazim, dan ramai yang bertanya *

Korea merupakan salah satu Negara yang mengalami suhu musim sejuk antara yang paling ekstrem di dunia.  Di Bandar Seoul sendiri suhu boleh turun mencapai paras sehingga -23’c, manakala purata suhu pada bulan December – Feb adalah sekita 0’c hingga -18’c, sangat sejuk bukan? Jika anda berhajat untuk datang ke Korea pada musim sejuk dengan membawa kanak-kanak dan juga warga emas, dicadangkan agar anda membuat perancangan yang rapi, semak suhu sebelum berangkat dan sediakan baju sejuk secukupnya.

4. Dan cuaca pula bagaimana ?

Cuaca di musim sejuk adalah seperti biasa, matahari akan terbit dan menyinar terang seperti biasa, cumanya suhu tetap sejuk. Adakalanya cuaca menjadi malap (gloomy) dengan langit sentiasa kelabu dan adakalanya cuaca berangin tiup kencang sejuk menggigil (ini tanda bahawa salji akan turun tidak lama lagi) Jarang-jarang berlakunya hujan turun di musim sejuk di Korea.



5. Adakah musim sejuk bersalji ?

Yes ! Hampir keseluruhan Korea akan dituruni salji pada musim sejuk apabila suhu telah turun sekitar bawah paras beku. Harus diingatkan bahawa 70% daripada tanah di Korea terdiri dari gunung ganang dan berbukit bukau, di kawasan pergunungan seperti Pyeongchang misalnya, suhu pada musim salji boleh turun hingga paras -40’c. Disebabkan factor kesejukan inilah Pyeongchang telah dipilih sebagai lokasi Winter Olympic seterusnya iaitu pada tahun 2018.

6. Adakah salji turun sepanjang musim sejuk ??

Salji juga adalah seperti hujan – sikap dan  sifatnya adaah sama namun fizikalnya berbeza. Seperti hujan, salji juga turun seperti hujan, kadangkala ada dan kadangkal tiada. Hari ini turun esok mungkin tidak. Walaubagaimanapun, jika anda kerap berkunjung ke kawasan pergunungan, pola penurunan salji adalah lebih kerap dan tebal berbanding di sebelah bawah atau selatan Korea (Busan dan Jeju).

7. Bolehkah saya pergi bercuti ketika musim sejuk ?

Semestinya boleh ! Korea merupakan antara Negara 4 musim yang paling murah dan menarik yang sering menjadi pilihan pelancong dari Asia Tenggara terumatanya di Malaysia, Thailand, Singapura, Filipina dan Indonesia yang sedang dan masih hangat dengan fenomena K-Pop dan K- Drama yang telah sedikit banyak mempengaruhi kebanyakan peminatnya untuk datang melihat sendiri keindahan Negara ini.  Untuk penempahan atau booking pelancongan ke Korea anda boleh direct contact kami di whatsapp (011-23521557) atau  boleh isikan borang penempahan di blog kami !


8. Pakaian yang bagaimanakah perlu saya beli ? *Penting *

Ini adalah soalan yang paling kerap ditanya kepada kami dan ini juga adalah perkara yang sangat penting dan perlu diberi perhatian. Keseluruhan badan perlu dijaga dan dilindungi dengan betul bagi mengelakkan anda jatuh sakit. Terutamanya yang belum pernah berkunjung di Negara yang bermusim sejuk. Ini akan mengakibatkan body anda terkejut dengan suhu & cuaca. Berikut kami akan gariskan keperluan yang perlu anda sediakan .

I. Jaket / Coat.





Fabrik yang betul – terdapat pelbagai jenis pakaian musim sejuk yang diperbuat dari pelbagai jenis material atau fabric. Antara fabric yang paling sesuai adalah wool ataupun cashmere. Namun Cashmere adalah sangat mahal maka wool adalah pilihan yang terbaik. Pastikan jaket yang anda beli dilapisi oleh wool atau diperbuat daripada wool. Boleh pilih material luar daripada cotton ataupun bahan yang kalis air. Namun lapisan dalam daripada wool dan ketebalan yang sesuai adalah sangat penting.

Saiz yang tepat. Kami sering melihat orang kita datang bercuti pada musim sejuk dengan memakai jaket yang besar atau “oversize” terutama orang tua dan berusia. Ini kerana mereka mahukan jaket yang longgar dan selesa. Ini sebenarnya salah, kerana jaket yang besar tidak akan memberi kepanasan kepada anda. Jaket seharusnya dibeli mengikut saiz badan kita. Ini mengelakkan ada rongga udara atau ruang kosong yang mana udara sejuk akan masuk dan berkumpul di situ. Jadi belilah jaket yang sesuai untuk anda, sekiranya badan anda bersaiz S maka belilah saiz S dan jangan dinaikkan ke saiz yang lain.

Bertopi atau mempunyai “Hood” – Cuba dapatkan jaket yang mempunyai hood, tak kisah samada mempunyai bulu ataupun tidak. Sekiranya mempunyai bulu maka anda akan merasa lebih selesa di kawasan leher dan muka. Sekiranya tidak ada maka anda harus melindungi leher menggunakan scarf yang sesuai. Kalau salji atau hujan turun anda tidak perlu payung untuk menutupi kepala anda.

Berpoket – Pastikan jua jaket anda mempunyai poket tepi bagi memudahkan anda memasukkan tangan. Perkara biasa yang anda akan lakukan adalah memasukkan tangan ke dalam poket untuk memanaskannya. Jadi pastikan jaket anda mempunyai poket dengan kedudukan yang betul dan selesa serta mudah bagi memasukkan tangan.

II. Baju dan pakaian dalam



Tidak kisah baju jenis apapun tapi seeloknya dari jenis kain kapas yang tebal lagi bagus. Pakailah sehelai t-shirt di dalam untuk lelaki manakala wanita boleh pakai t-shit juga atau spaghetti strap tu dan kemudian pakailah baju anda. Kemudian lapisan atas boleh pakai cardigan atau pullover dan seterusnya barulah pakai jaket atau coat anda.

III. Stokin, Scarf, Kasut / Boot



Pilihlah stoking yang jenis wool atau jenis kain tebal untuk memberikan keselesaan dan kepanasan yang diperlukan.  Scarf juga seeloknya dari fabric wool ataupun apa saja tetapi pastikan ianya cukup tebal. Akhir sekali, Kasut atau Boot ! Ini adalah yang paling penting. Sekiranya kaki anda sejuk dan basah akibat dimasuki air ataupun salji maka akan “spoiled” lah keseluruhan badan anda. Pastikan membeli dan memakai kasut yang kalis air. Kasut kavas adalah tidak boleh sama sekali sekiranya datang ke Negara yang bersalji. Harus memakai kasut dari material kulit ataupun PVC atau getah yang kalis air.
*Peringatan untuk boot, anda digalakkan untuk tidak memakai boot yang bertumit tinggi kerana jika berjalan di dalam salji kasut anda akan ditenggelami oleh salji. Sekiranya tenggelam maka salji akan meresap masuk di atas paras buku lali anda.

IV. Sarung tangan , topi atau snow cap !


Jika hendak bermain salji maka haruslah membeli dan memakai sarung tangan yang kalis air atau dari jenis kulit atau PVC atau material lain yang kalis air. Sarung tangan dari jenis cotton tidak cukup untuk memberi kepanasan kepada tangan anda.
Sekiranya perlu boleh membeli topi atau snowcap. Bagi yang mempunyai rambut yang lebat, topi atau snowcap kurang diperlukan namun bagi yang berambut jarang atau pendek / tidak berambut maka perlulah memakai topi atau snowcap.

9. Dimanakah saya boleh mendapatkan pakaian musim sejuk ini ?

Terdapat banyak kedai di Malaysia menjual pakaian musim sejuk ini. Sekiranya tidak kisah memakai jaket atau boot (2nd hand) anda boleh perolehi di kedai-kedai bundle atau secara online melalui ebay, amazon, lelog dan sebagainya dengan harga sekitar RM80-Rm120 sahaja.  Kedai bundle pula banyak terdapat di Kuala Lumpur, Pasaraya Campbell, Ampang dan Shah Alam dan boleh dikatakan  hampir semua uptown atau downtown mempunyai gerai yang menjual pakaian bundle.

Tips kami – Pakaian musim sejuk lebih murah dijual di Negara yang bermusim sejuk. Sebagai contohnya  sehelai winter jaket berharga RM350 di Universal Traveller, Malaysia . Namun di H&M atau Uniqlo di Myeongdong, Seoul boleh didapati dengan harga yang tak sampai RM200.
Begitu juga dengan pakaian lain seperti long john (termal inner wear), sarung tangan, winter boot dan snow cap banyak terjual di sana dengan harga yang murah. Jadi anda boleh “Gamble” redah saja dengan memakai jaket nipis sementara waktu dan apabila tiba di Seoul anda maka bergegaslah pergi mecari dan memberi barang-barang tersebut. Di Namdaemun Market pula terdapat jualan jaket-jaket winter yang terpakai yang hanya dijual dengan harga RM30-35 sahaja dan pakaiannya kebanyakannya masih lagi cantik dan designnya masih tetap stylo !
Kami Addeeni Travel menyediakan pakej mengikut kehendak, keperluan , minat yang paling penting mengikut bajet anda !

APALAGI ?! JOM LA KE KOREA BERSAMA KAMI !!!!

HUBUNGI KAMI DI 011-23521557 (JAJA) UNTUK PENEMPAHAN PAKEJ PELANCONGAN KE KOREA PADA MUSIM SEJUK :)

27 comments :

  1. Salam. Terima kasih atas info yg bermanfaat. Salam perkenalan dari saya dari Ulsan, Korea.

    Untuk musim sejuk saya cadangkan untuk ke Pyeongchang Trout Festival di Pyeongchang. Waktunya dari pertengahan disember hingga penghujung January. Antara aktiviti menarik kat sini ialah memancing ikan Trout dibawah ais. Selamat mencuba.

    Jika ada yang ingin ke Ulsan saya boleh bantu dari segi informasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah nak duk korea ke?? sy nk pergi korea tp awal tahun 2018.

      Delete
    2. Sy pun akan ke korea bulan jan 2018

      Delete
    3. Salammm
      Sy plan ke Korea pd hujung tahun ini

      Delete
    4. Email sy acu_qs@yahoo.com.my...nak main snow n tgk snow festival like ikan trout etc..

      Delete
    5. Korea ... December 17 smpai 21...nak buat ais kepal kat sana..

      Delete
  2. Wa'alaikumsalam, terima kasih kerana sudi membaca info dari addeeni travel :)

    InsyaAllah boleh berikan email anda ?

    ReplyDelete
  3. email my5007@yahoo.com pada saya detail pakej dan jadual perjalanan..saya merancang nak pergi bulan disember 2018.

    ReplyDelete
  4. mohon email kan details package percutian musim sejuk korea ke alamat email fariz_mpku@yahoo.com cdang nak pergi hujung tahun 2018..

    ReplyDelete
  5. Mohon emelkan pakej yg ditawarkan ke afi0205@gmail.com

    ReplyDelete
  6. minta emailkan package ke norainmohamadrazmi@gmail.com
    cadang nk pergi hujg taon ni

    ReplyDelete
  7. salam. boleh email kepada saya ( NikNadhia@gmail.com) package ke korea. Saya bercadang untuk ke korea pada hujung tahun ni.

    ReplyDelete
  8. Salam..Bole x Bg pakej utk 2018 utk 2 dewasa n 2 kanak2 - pd bulan december 2018 Atau cuti sek pertengahan ke email norshahirahharun24@gmail .com

    ReplyDelete
  9. boleh berikan quotation untuk january 2019 sekiranya ada
    ayufadilamuhamad@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. Blh emelkan pakej utk 2 dewasa 3 kanak2 ke f_agrios85@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. Boleh emailkan package ke UKshuhaiza@gmail.com utk pakej 2 dewasa 3kanak. Utk pertengahan disember 2018. Tq

    ReplyDelete
  12. Mohon email pakej to anizan@upsi.edu.my

    ReplyDelete
  13. Sy nk pergi masa cuti raya cina 2-8 feb 3 dewasa 3 kanak2

    ReplyDelete
  14. Blh bg pakej e-mail pd uzai26@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. pakej bg 2 dewasa 2 kanak bajet dlm bp?

    ReplyDelete
  16. Boleh pm percutian musim sejuk tahun ni

    ReplyDelete
  17. Kalau di Korea bulan November 2019 negative 1,2 sejuk tak. Agak2 Turun salji x msa tu.

    ReplyDelete
  18. boleh emailkan pakej utk 2 dewasa,bulan january... norhamizanjuhari@gmail.com

    ReplyDelete