Wednesday, May 25, 2016

10 Tips Penting Sebelum Berjalan/ Melancong Ke Luar Negara


Tips penting sebelum melancong ke luar negara yang perlu Anda ketahui. Before anda bercuti atau melancong ke luar negara banyak yang perlu dititipberatkan supaya perjalanan anda dalam keadaan yang selesa. Maklumlah kita akan meninggalkan rumah untuk jangka masa yang lama.

Di sini kami ada menyediakan tips untuk anda sebelum melancong ke luar negara.

  1.  Pastikan sebelum melancong segala jenis bil seperti elektrik, air, telefon, dan semua bayaran sudah dibayar. Ianya, memastikan anda berjalan tanpa risau fikirkan segala bil yang tertunggak.
  2. Tempoh membeli tiket penerbangan hendaklah dibeli seawal 6 bulan supaya dapat lebih jimat.
  3. Jika bercuti di musim sejuk make sure sediakan baju sejuk. Jika tempat yang ingin dituju itu bermusim salji, anda boleh membeli baju sejuk di Universal Traveller. ( Baju Thermal, sepasang sarung tangan, sepasang stokin berbulu kambing, sehelai baju sejuk atau sweater ) Jika nak murah beli saja pakaian musim sejuk terpakai atau bundle dan sampai di sana boleh shopping yang baru.
  4. Jika anda bercuti di negara yang bersalji, pastikan anda sediakan boot yang mempunyai tapak berbunga yang baik. Ini kerana, ingin memastikan anda tidak jatuh atau tergelincir ketika berjalan. Kos rawatan di sana sememangnya tak sama macam di negara kita. Beringat sebelum kena kerana tak seronok kita cuti masuk hospital.
  5. Sebelum memulakan perjalanan, anda diggalakkan mengambil insurans perjalanan kerana  ianya memudahkan perjalanan anda. Jika ada lebih baik malah premiumnya tidaklah mahal sangat.
  6. Sebelum melancong, pastikan anda bertanya kepada pihak agency atau search di google tentang plug di tempat anda ingin tuju. Kerana plug di luar negara kadang tak sama dengan kita.
  7. Yang ini paling penting ! pastikan passport anda mempunyai tempoh yang sah dan tidak kurang dari 6 bulan. Jika kurang anda harus perbaharui di pejabat imigresen. Jangan renew saat saat akhir.
  8. Tukar duit dan matawang asing di pengurup wang sebelum berlepas. Elakkan menukar duit di bank atau di airport kerana jumlah yang bakal anda dapat adalah rendah.
  9. Datang awal ke lapangan terbang sekurang-kurangnya satu jam awal sebelum check in. Rancang perjalanan anda dengan betul agar tidak ada berlakunya kecuaian atau kelewatan ke lapangan terbang.
  10. Periksa cuaca negara yang kita lawati jika negara tersebut mempunyai 4 musim. Lihat berapa suhu yang dijangkakan di laman website, agar signalnya membolehkan anda berjaga-jaga.